Fungsi dan peranan Perdana_Menteri_Rusia

Perdana Menteri, Vladimir Kokovtsov membentangkan lapotan tahunan di State Duma pada 5 Disember 1912

Secara umum, Perdana Menteri memberi lebih banyak peranan terutama di dalam bidang pentadbiran, mencalonkan anggota Kabinet dan memimpin dalam melaksanakan sepenuhnya dasar domestik dan luar negara seperti yang dirumuskan oleh Tuan Presiden. Selaras dengan undang-undang perlembagaan persekutuan Mengenai Kerajaan Persekutuan Rusia, Perdana Menteri menjalankan tugas-tugas berikut:

  • menentukan keutamaan operasi Kerajaan dan mengatur kerja sesuai dengan Perlembagaan, undang-undang perlembagaan persekutuan, undang-undang persekutuan dan dekrit presiden, selain menjalankan urusan sehari-hari kerajaan, pada umumnya.
  • mengemukakan kepada Tuan Presiden cadangan mengenai penstrukturan dan fungsi institusi pusat cawangan eksekutif (contohnya kementerian dan agensi persekutuan); [3]
  • menamakan Timabalan Perdana Menteri, Menteri Persekutuan dan pegawai lain serta membentangkannya kepada Tuan Presiden;
  • mengemukakan kepada Tuan Presiden cadangan mengenai hukuman dan ganjaran anggota Kerajaan;
  • mewakili Kerajaan sebagai sebuah institusi dalam hubungan luar negeri dan di dalam negara;
  • mengetuai sesi Kerajaan dan Presidiumnya di mana dia mempunyai undi yang menentukan;
  • menandakan Perintah Kerajaan Rusia;
  • Laporan tahunan kepada State Duma tentang kegiatan Pemerintah;
  • Mengedarkan tugas di kalangan anggota Kerajaan;
  • secara sistematik memberitahu Tuan Presiden tentang tugas seseorang Pemerintah;

Perdana Menteri adalah ex officio seorang ahli: